Wednesday, June 27, 2012

Johor & Singapore (Part III)


 apabila kami melangkah masuk ke dalam USS, pada mulanya, kami menyangka, makanan tidak dapat dibawa masuk sama seperti DisneyLand Hong Kong, akan tetapi pintu masuknya tidak membuka bagasi kami. berdekatan dengan pintu masuk terdapat tempat untuk menyewa Stroller, ada untuk seorang juga untuk 2 orang. sewanya berharga $15. kami memulakan langkah dengan menyaksikan persembahan tarian oleh sekumpulan lelaki, berhampiran dengan Transformers. seterusnya, kami menyaksikan seorang lelaki membuat effect sesebuah cerita. langkah kami diteruskan lagi dengan menaiki Roller Coaster juga cawan berputar. terdapat 2 roller coaster yg salah satu diberi nama CYLON. roller coaster ini merupakan roller coaster berkembar tertinggi diDUNIA. terdapat kedai aiskrim bebola berdekatan dengan cawan berputar. mengapa kami tidak menaiki Transfomer terlebih dahulu? ini kerana kami perlu menunggu lebih kurang 2 jam, untuk menaikinya. bagi saya, ia sangat membuang masa. sesudah transformer yang kami naiki, kami bergerak pula ke Jurasic Park. di sana kami menaiki pelampung air yang boleh kami satu keluarga naik bersama. akan tetapi disebabkan kami membuat 2 orang kanak-kanak berumur lebih kurang 2 & 3 tahun, 2 orang dewasa terpaksa bekorban untuk tidak menaiki bersama.

enjoy antara gambar yang sempat kami rakam untuk Roller Coaster, CYLON adalah Roller Coaster yang berwarna biru.








No comments:

Post a Comment