Tuesday, January 29, 2013

السلام عليكم

selamat pagi kawan-kawan,

29.01.2013

  • 11.20pg : aku tiba di Subang Airport seorang diri. menaiki teksi untuk ke rumah sewa yang berdekatan dengan tempat belajar ku.

  • 3.00ptg : menghadiri kelas dengan sahabat karib aku.

  • 4.15ptg : aku mendapat panggilan dari kakak aku yang kini berada di Kelantan. Dia memberitahu aku tentang keadaan Daddy Tok aku yang berada dalam keadaan koma dan agak kritikal. aku menangis di dalam Computer Lab. sedih mengenangkan aku baru sahaja tiba di Kuala Lumpur pada pagi tadi dengan menaiki penerbangan Firefly. terus aku BBM Mommy aku untuk bertanyakan keadaan Daddy Tok dari semasa ke semasa.

  • 6.30 ptg : aku menanti sahabat karib aku di Universiti ini.

  • 6.45 ptg : sedang aku dan sahabat karib aku ingin ke Sunway Pyramid, Mommy menghantar BBM memberitahu bahawa aku perlu membeli tiket penerbangan pulang ke Kelantan lagi. lalu, aku dan sahabat karib aku bergerak ke Subang Airport.

  • 7.15ptg : kami membeli tiket Firefly dengan harga RM204.00 untuk penerbangan pagi.

  • 7.50ptg : kami tiba di Sunway Pyramid untuk membeli sedikit barang.

  • 10.00 malam : kami mendapati tiket parking kereta kami hilang. lalu, aku perlu membayar RM20 untuk mendapatkan tiket baru.

  • 10.30 malam : kami tiba di rumah.

30.01.2013

  • aku telah bersiap sedia untuk ke Airport pada pukul 10.15 pagi nanti.

p/s : saya memohon kawan-kawan untuk sama-sama mendoakan kesihatan DaddyTok saya. Terima Kasih.

~LOVE~
30.01.2013 (9.12pg)

No comments:

Post a Comment