Saturday, December 1, 2012

my diary

         hari ini merupakan hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra atau lebih dikenali sebagai PWTC. Aku, adik ku dan sepupuku telah mengikuti ibuku yang merupakan seorang ahli politik UMNO. pada mulanya, kami menjejakkan kaki ke pusat jualan yang ada di sana, dengan keadaan yang penuh sesak, mungkin kerana hari terakhir jadi orang ramai tidak melepaskan meluang untuk membeli belah. kerana terlalu sesak, kami membuat keputusan untuk ke The Mall. Juga penuh dengan orang ramai yang rata-rata kami lihat berpakaian merah putih. kami meneruskan perjalanan, membeli roti di Auntie Annes yang sememangnya menjadi kegemaran kami. ingatkan bole kami melepak di Starbucks, akan tetapi niat kami terpaksa dibatalkan oleh kerana orang yang terlampau ramai. selesai kami bertawaf di The Mall, apa lagi, kami berjalan balik ke PWTC, nak menaiki jejantas, punyer lah ramai manusia yang nk menuruni anak tangga untuk ke The Mall. sesak di tangga tu, macam jalan jemm. Yes, Terlampau ramai manusia. sampai kami di PWTC, kami menaiki tangga bergerak untuk ke tingkat 1. kami duduk berehat di tepi-tepi dinding. tiba-tiba, Emma Maembong (artis Malaysia) lalu di depan kami dengan adiknya. maaf, tiada gambar untuk dipaparkan. hahaha. tiba-tiba sepupu saya yang sememangnya bersemangat mengajak saya dan adik untuk ke tingkat bawah, yang mana terletak Big Screen untuk menyaksikan ucapan pengulungan daripada YB Perdana Menteri kita. bukan Big screen yang kami dapat, sebaliknya hanya Small Screen, kerana Big Screen sudah dikuasai oleh ramai manusia. hanya kami bertiga yang terlebih bersemangat. lagi, kami ke pusat jualan usai ucapan pengulungan itu. kami sempat berjumpa dengan Jamal Abdillah, Deja Moss. dan tidak ketinggalan untuk kami membeli sedikit keperluan. kami membeli 7 pasang kain untuk dibuat baju kurung, dengan harga runtuh iaitu RM10 sepasang. murah kan?

No comments:

Post a Comment