Thursday, February 21, 2013

Diet please..

dalam entry kali ni, saya nak potpetpotpet tentang DIET!yes, Diet. healthy DIET!.. eh eh eh

sejak, menyedari susuk tubuhku semakin berkembang, aku ingin mengambil langkah berjaga-jaga supaya badan aku tak over kembang. ok? so, jom kita start diet slow-slow tak perlu drastik sangat okeng? (since aku suka makan) hahaha..

banyak juga benda kena buat.
1st. aku tanamkan azam dan semangat dalam diri untuk DIET! atau lebih tepat HEALTHY DIET yer kawan-kawan.

2nd. aku search DIET SECARA CEPAT DAN SENANG (terima kasih en.GOOGLE) dan blog pertama yang aku buka ialah blog Haniz Zalikha (http://inibelogsaya.blogspot.com/2010/04/tips-diet-mudah-cepat-sihat-gembira.html) seterusnya  http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/1773-25-tip-kuruskan-badan.html .

3rd. lagi, aku try pula search KALORI DALAM MAKANAN SEHARIAN , at least kita sentiasa berjaga-jaga dengan pemakanan kita ni. ni link dia http://keindahanperjalananku.blogspot.com/2012/07/diet-jumlah-kalori-dalam-makanan.html .


jom layan apa yang aku dapat..

bak kata Hanis Zalikha :
  • MAKAN BUAH SEBELUM MAKAN NASI SUPAYA TAK TERINGIN MAKAN BANYAK NASI, SO TAK DEBAB. BADAN JUGA SIHAT KERANA MAKANAN TIDAK MENJADI TOKSIK.
  • MAKAN BUAH, MAKAN NASI, MAKAN LIMA KALI SEHARI, KUNYAH 40 KALI SUPAYA SENANG HADAM
ini pula dari ILUVISLAM

1.Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu makan, malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari


2.Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan anda akan bergelora dan metabolisma badan anda akan menurun.

3.Kenali keperluan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Kalau tidak tahu, bagaimana hendak mengawal kuantiti pemakanan?!

4.Roti canai ... berapakah kalorinya? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.

5.Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling mudah. Anda hanya perlu menggantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula. Dengan cara ini, anda boleh mengurangkan kira-kira 10kg dalam setahun. Ingin belajar caranya? Mudah sahaja, kira jumlah kalori yang anda boleh jimat dengan tip ini.

6.Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tetapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air dalam badan anda.

7.Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.

8.Segenggam tangan karbohidrat. Samaada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Jikalau masih tidak kenyang, tambahkan lauk.

9.Pastikan kuantiti pengambilan protein mencukupi. Sebagai panduan, ingatkan diri anda untuk mengambil 2 - 2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Pastikan juga protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.

10.Kawal nafsu makan! Satu-satunya cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak berpeluang untuk terjadi. Namun sekiranya nafsu makan itu sudah tiba, maka ia sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.

11 - 20: Senaman.Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Anda tidak perlu mencari trend senaman yang terkini. Apa yang penting ialah anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

1.Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, senaman sebenarnya tidak wajib. Tetapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.

2.Angkat berat! Tak kira jantina dan umur. Pastikan anda memasukkan senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu menguatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya jika anda sudah berjaya menguruskan badan, sudah tentu anda inginkan badan yang kental bukan?.

3.Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.

4.Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Sekiranya anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan untuk membakar lemak, pastikan anda elakkan diri dari mengambil minuman seperti Milo, 100Plus atau Gatorade.

5.Tidak perlu bersenam setiap hari. Jika bersenam, tidak perlulah melakukannya setiap hari. Ketahuilah bahawa hanya 2 - 4 kali seminggu sudah memadai. Biarkan badan anda rehat dan pulih. Ingat, yang penting adalah kualiti senaman, bukannya kuantiti senaman anda.

6.Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.

7.Senaman untuk toning?. Senaman semata-mata tidak akan menunjukkan perubahan positif. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkan eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.

8.Yoga untuk kuruskan badan? Tidak juga. Yoga sememangnya sesuai untuk flexibility dan ketenangan tetapi untuk senaman menurunkan berat badan, kardio adalah pilihan yang jauh lebih baik.

9.Sauna dan steam room? Kedua-duanya boleh membantu mambakar kalori dan membuang air dalam badan. Justeru, ia tidak menjadi masalah anda jika anda ingin mengunjunginya.

10.Seks sebagai senaman? Sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stress.
21 - 25: Supplement dan makanan tambahan.

Jika digabungkan dengan diet, senaman asas yang baik serta supplement yang mencukupi, ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda untuk mengurangkan berat badan. Tapi ... pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas yang sering dilihat di dalam pengiklanan.

1.Pil cepat kurus? Tidak kira di mana dan apa juga harganya, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan serta membakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Ia mustahil.
2.Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teorinya, yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolisma badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. walaubagaimanapun, nasihat saya, jangan bergantung kepada mana-mana supplement untuk jangka masa panjang.

3.Ingin mengurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-duanya sekali.

4.Supplement protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Supplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.

5.Dapatkan supplement multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai supplement multi-vitaman yang bersesuaian dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.

6.Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tidak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada mana-mana produk supplement.

ini pula makanan segera yang sememangnya menjadi kegilaan ramai


BURGER


• Sebiji burger dengan cheese yang hanya berukuran lebih kurang sebesar tapak tangan lelaki dewasa mempunyai sebanyak 770 kalori. Dan untuk membakar kalori daripada burger tersebut kita kena berenang selama 94 minit dengan melengkapkan lap dari perlahan, sederhana dan laju. Sanggup ke nak berenang 94minit?

PIZZA

• Pizza Hut Large Hand-Tossed Style Cheese Pizza mempunyai 320 kalori hanya untuk 1 slice. Dan untuk membakar kalori dari sekeping pizza kita boleh berenang selama 39 minit dengan melengkapkan lap dari perlahan, sederhana dan laju.Ini baru 1 slice, selalunya kalau jumpa pizza paling kurang pun mesti makan 3 slice belum campur menu adds-on lagi.

BREAKFAST SANDWICH

• McDonald’s Egg McMuffin mengandungi sebanyak 300 kalori dan kalau kita berhasrat untuk membakar kalori tersebut aktiviti yang perlu kita buat ialah berlari dengan kelajuan 5mph selama 32 minit dan kita juga berkemungkinan boleh terkena McObesiti kalau kerap sangat mengambil makanan seperti ni.

Kentang Goreng

• Kentang goreng yang bersaiz ‘large’ mengandungi 540 kalori. Walaupun kalau di ikutkan tak lah sebesar mana pun saiz kentang goreng tu tapi untuk menghapuskan 540 kalori tu, kita kena berbasikal dengan kelajuan 10-11.9mph selama 77 minit!

DONUT

• Chocolate Frosted Donut mengandungi 230 kalori setiap satunya dan untuk membakar kalori tadi memerlukan kita untuk berjalan dengan kelajuan 3mph selama 59minit. Untuk sesiapa yang dah makan Big Apple atau j&Co bolehlah ber-window shopping lebih kurang sejam untuk bakar ‘donut’ yang dah makan tadi.

CHOCOLATE CHIP COOKIES

• 440 kalori akan terkumpul dalam sistem badan kita bila kita makan Chocolate Chip Cookies atau mungkin kita lebih familiar dengan nama Famous Amous. Berbasikal selama 62 minit dengan kelajuan 10-11.9mph merupakan salah satu cara bersenam untuk membakar kalori sebanyak 440 kalori!

CINNAMON ROLL

• Sekeping Cinnamon Roll mungkin mengandungi 500 kalori, berbeza mengikut tempat menjualnya. Dan ianya bersamaan dengan menari selama 85minit.

BROWNIES

• Chocolate Chip Brownies mengandungi sebanyak 380 kalori dan walaupun agak mudah untuk membakarnya dengan hanya melakukan yoga selama 129 minit tapi rasanya ramai yang mungkin terlena sewaktu sesi yoga tersebut.


No comments:

Post a Comment