Sunday, February 24, 2013

hello friends!

Happy Monday guys!
selamat bekerja kepada warga yang bekerja di hari isnin dan untuk warga Kelantan, Terengganu dan.... (tak ingat lagi satu negeri, sorry!!) yang mana sudah memulakan sesi minggu baru semalam.

Minggu ni bagi saya sangat lah awesome + makan yang teramatlah banyak (mostly makanan berlemak). haih, macam mana lah aku nak diet kalau dah asyik makanan yang berlemak kan kan.. memang bakal menjadi penternak sejati la aku gamaknya. apa pun, hidup mesti HAPPY! yeah..

selepas seharian pada hari Sabtu aku merendek dengan kawan baik aku, malam tu aku mendapat BBM dari Mommy, memberitahu, dia akan pulang ke Kuala Lumpur for a few days! yeah, at least terubatlah rindu aku seketika! selepas almost seminggu aku tak jumpa.. (well, tak biasa berpisah lama-lama kan) , and aku pun set la temujanji dengan Mommy, ajak Mommy pergi makan dekat restoran feveret aku! seafood uollls.. kat mana? kat mana?

restoran nya terletak betul-betul depan Subang Airport! Nama Restoran dia, Restoran Subangku, haa bukan subangmu yahh, subangku! hik hik.. aku ke sana bersama Ms. D (kawan baik aku) dan bertemu dengan Mommy dan Ba di kedai ni..


makanan dia best gilak gilak! semalam aku order
  • Butter Crab,
  • Ikan Kerapu Stim Nyonya,
  •  Lotus Root,
  • Kam Heong Prawn.

Butter Crab

Lotus Root

Kam Heong Prawn


di dalam kedai dia terdapat akuarium ni semua, ada banyak ikan yang masih hidup, makna nya, kalau masak tu, diorang just ambil kat sini, dan masak! masih fresh gitu.. ketam nipah pun ada!


ni pula keadaan kedai yang sememangnya akan sesak gila, bila tiba waktu dinner


i think guys, uolllsss semua kena try! senang jer nak pergi, sbb cari jer Subang Airport, then betul-betul depan tu, ada la kedai ni!..

Thank you.


No comments:

Post a Comment