Thursday, February 21, 2013

sedih jer...

Hello.. lama gila tak update this blog!

my 1st week masuk belajar ada cuti Thaipusam & cuti Maal Hijrah kan kan, so aku pun dengan bangganya balik ke kampung. Pagi selasa tu aku terbang balik ke Kuala Lumpur untuk kembali ke sekolah. hehe, back to school gitu! petang tu Mommy bbm, suruh balik Kelantan segera, my grandfather koma. then, pagi Rabu tu terbanglah aku keseorangan. after a few days, aku di Kelantan, aku terbang lagi pulang ke KL pada hari ahad pagi. belum sempat aku meletak beg pakaian aku di rumah sewa, aku dan Ms D (my bff) menaiki kenderaan awam untuk ke KLCC. disana, ada 2 orang rakan sekolah kami menunggu. kami adakan ala-ala mini reunion la kekononnyerr.. pagi isnin tu, seperti biasa, aku ke kelas. pukul 6 petang, aku dan Ms D ni bergerak untuk study di library campus. betul-betul selepas Maghrib, Mommy bbm aku dengan memberitahu bahawa Daddy Tok telah kembali ke Rahmatullah. sedihnya oh oh! lalu, aku membeli tiket Firefly untuk pulang ke Kelantan lagi. secara kebetulan, aku dan bapa menaiki satu penerbang dengan mak saudara,sepupu serta tok saudara.

04.02.2013

07.10 pagi : penerbangan Firefly membawa aku ke bumi Kota Bharu
08.15 pagi : tiba lah aku , diambil oleh sepupu serta pemandu keluargaku
08.45 pagi : - tibalah aku di rumah nenek aku
                   - selepas meletak beg pakaian, Mommy mengajak aku untuk melihat jenazah Daddy Tok
09.30 pagi : - jenazah Daddy Tok dimandikan yang diketuai oleh seorang Imam
                   - dikafankan
                   - ahli keluarga dibenarkan mencium jenazah sebelum dikafankan seluruhnya.
                   - solat jenazah bermula
                   - jenazah di bawa ke Tanah Perkuburan Lemal untuk disemadikan
11.15 pagi : bacaan talkin telahpun selesai

Alhamdulillah, semuanya berlaku kurang dari 2 jam, cuaca pagi itu juga baik sangat, semasa kami hendak menanam jenazah, cuaca berangin dan mendung. bila kami nak balik, cuaca pun kembali panas. muka arwah Daddy Tok kelihatan tenang sekali, seperti sedang tidur. Daddy Tok meninggal 44 hari selepas adik perempuan nya kembali ke Rahmatullah.

marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah ke arwah Daddy Tok



No comments:

Post a Comment