Tuesday, January 29, 2013

السلام عليكم

pada entri kali ini, saya ingin menceritakan tentang penerbangan pilihan saya.



Yes, Firefly yang menjadi pilihan saya pada masa kini.


banyak kelebihan yang saya perolehi walaupu kadang-kadang tiketnya lebih mahal dari AirAsia (penerbangan tambang murah) .
  • lebih dekat dengan rumah saya
  • harga tambang untuk ke Airport lebih murah
  • perjalanan yang tidak terlampau jauh
  • keadaan airport yang agak lapang
  • servis dan perkhidmatan yang bagus
  • penumpang kapal terbang yang tidak ramai (tempat duduk terhad)






Thank you,

~LOVE~

30.01.2013 (09.24pg)


السلام عليكم

selamat pagi kawan-kawan,

29.01.2013

  • 11.20pg : aku tiba di Subang Airport seorang diri. menaiki teksi untuk ke rumah sewa yang berdekatan dengan tempat belajar ku.

  • 3.00ptg : menghadiri kelas dengan sahabat karib aku.

  • 4.15ptg : aku mendapat panggilan dari kakak aku yang kini berada di Kelantan. Dia memberitahu aku tentang keadaan Daddy Tok aku yang berada dalam keadaan koma dan agak kritikal. aku menangis di dalam Computer Lab. sedih mengenangkan aku baru sahaja tiba di Kuala Lumpur pada pagi tadi dengan menaiki penerbangan Firefly. terus aku BBM Mommy aku untuk bertanyakan keadaan Daddy Tok dari semasa ke semasa.

  • 6.30 ptg : aku menanti sahabat karib aku di Universiti ini.

  • 6.45 ptg : sedang aku dan sahabat karib aku ingin ke Sunway Pyramid, Mommy menghantar BBM memberitahu bahawa aku perlu membeli tiket penerbangan pulang ke Kelantan lagi. lalu, aku dan sahabat karib aku bergerak ke Subang Airport.

  • 7.15ptg : kami membeli tiket Firefly dengan harga RM204.00 untuk penerbangan pagi.

  • 7.50ptg : kami tiba di Sunway Pyramid untuk membeli sedikit barang.

  • 10.00 malam : kami mendapati tiket parking kereta kami hilang. lalu, aku perlu membayar RM20 untuk mendapatkan tiket baru.

  • 10.30 malam : kami tiba di rumah.

30.01.2013

  • aku telah bersiap sedia untuk ke Airport pada pukul 10.15 pagi nanti.

p/s : saya memohon kawan-kawan untuk sama-sama mendoakan kesihatan DaddyTok saya. Terima Kasih.

~LOVE~
30.01.2013 (9.12pg)

Tuesday, January 1, 2013

Bye-bye 2012.. Hello-Hello 2013..

Tahun baru.. Azam baru.. semangat baru..

tak gitu kawan-kawan? okay, pada 2.1.2013 ni belom terlambat untuk kita mulakan azam yang baru..
lupakan semua kisah lalu, kita mulakan hidup yang terbaik okay?

tapi hari ni tak membawa berita gembira pada saya. sedih, tension dan stress ada la.. apepun, kita terima dengan sabar dan redha okay. bukan kita alim sangat tapi, at least kita try. sabar tu penting, In Sha Allah, Allah akan sentiasa tolong kita.

latest news, kan saya dah cakap Allah akan sentiasa menolong hamba dia, orang yang saya nak jumpa sangat ni dah balas email saya.. Alhamdulillah..

Saturday, December 1, 2012

my diary

         hari ini merupakan hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra atau lebih dikenali sebagai PWTC. Aku, adik ku dan sepupuku telah mengikuti ibuku yang merupakan seorang ahli politik UMNO. pada mulanya, kami menjejakkan kaki ke pusat jualan yang ada di sana, dengan keadaan yang penuh sesak, mungkin kerana hari terakhir jadi orang ramai tidak melepaskan meluang untuk membeli belah. kerana terlalu sesak, kami membuat keputusan untuk ke The Mall. Juga penuh dengan orang ramai yang rata-rata kami lihat berpakaian merah putih. kami meneruskan perjalanan, membeli roti di Auntie Annes yang sememangnya menjadi kegemaran kami. ingatkan bole kami melepak di Starbucks, akan tetapi niat kami terpaksa dibatalkan oleh kerana orang yang terlampau ramai. selesai kami bertawaf di The Mall, apa lagi, kami berjalan balik ke PWTC, nak menaiki jejantas, punyer lah ramai manusia yang nk menuruni anak tangga untuk ke The Mall. sesak di tangga tu, macam jalan jemm. Yes, Terlampau ramai manusia. sampai kami di PWTC, kami menaiki tangga bergerak untuk ke tingkat 1. kami duduk berehat di tepi-tepi dinding. tiba-tiba, Emma Maembong (artis Malaysia) lalu di depan kami dengan adiknya. maaf, tiada gambar untuk dipaparkan. hahaha. tiba-tiba sepupu saya yang sememangnya bersemangat mengajak saya dan adik untuk ke tingkat bawah, yang mana terletak Big Screen untuk menyaksikan ucapan pengulungan daripada YB Perdana Menteri kita. bukan Big screen yang kami dapat, sebaliknya hanya Small Screen, kerana Big Screen sudah dikuasai oleh ramai manusia. hanya kami bertiga yang terlebih bersemangat. lagi, kami ke pusat jualan usai ucapan pengulungan itu. kami sempat berjumpa dengan Jamal Abdillah, Deja Moss. dan tidak ketinggalan untuk kami membeli sedikit keperluan. kami membeli 7 pasang kain untuk dibuat baju kurung, dengan harga runtuh iaitu RM10 sepasang. murah kan?

Thursday, November 29, 2012

pencuci muka pilihan.



pencuci muka pertama pilihan saya adalah CLEAN & CLEAR ..

jawapan nya? okay tapi saya malas nak pakai lagi.

produk ini pastinya bole didapati di semua pasaraya dan farmasi.

NEXT?




produk berjenama SIMPLE.

jawapan saya? produk ini okay jugak tapi bila lama-lama guna, muka ni dah mcm tak bole terima.
ramai yang cakap, produk ini tak ada bahan kimia.

juga bole didapati di pasaraya berhampiran dan farmasi.

NEXT?


pilihan seterusnya adalah NUTOX
satu-satunya produk yang saya beli full set. and still tak rajin utk pakai semua.
jawapan saya? sesuai dgn muka tapi malas nak pakai satu-satu.

NEXT?



produk berjenama KARME

jawapan saya? produk ini sangat okay buat masa sekarang, kulit saya agak putih dari sebelumnya, jerawat makin berkurangan juga menghilangkan parut jerawat.

saya membelinya daripa Leuniey Natasha. 



p/s : ini hanya pendapat saya sahaja. :)




Resipi Ayam Kicap yang ringkas.

Bahan :

Bawang Merah, Bawang Putih         dikisar halus
Cili Padi
Ayam
Kicap
Air
Garam


Cara :

panaskan minyak dgn menggunakan api yang perlahan.
tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar halus.
biarkan sementara (jangan sampai hangit yerr)
masuk air yang bersesuaian dgn jumlah ayam.
biarkan air sementara.
masukkan ayam dan tunggu sehingga mendidih.
masukkan kicap secukup rasa dan cili padi (jika inginkan pedas)
akhir sekali, Garam secukup rasa.
sedia dihidang.

Selamat Mencuba.

:)

hello kawan-kawan..

dah lama gila saya tak update blog ni.. habuk dah berinci la kot!

#MyDiary.

hari ini, saya bermalas-malasan, ops! bukan hari ini jer, selalu! haha.. okay continue..
bangun tido lambat, then tanya my brother boleh hantar pergi Tesco Mutiara Damansara?
and the answer was YES. saya, adik dan sepupu bersiap selama 30 minit. tanpa makan, kami ke sana.
kami mengambil peluang yang cerah lagi besar bamm bamm itu untuk menonton wayang.
Lagenda Budak Setan 2, Katerina menjadi pilihan. 4.20-6.15 ptg ceritanya berlangsung. yes, ini movie Melayu ke-2 yang berjaya memecahkan keegoan empangan air mata saya selepas Ombak Rindu.
aku sememangnya support product barangan Malaysia. yeay! so, you guys should do the same thing.
sayangi Malaysia! okay dah lari tajuk. after movie, kami berjalan-jalan seperti mana window shopping.
then, Tesco pula tempat di jejaki, membeli keperluan dapur bukanlah sesuatu yang asing. beberapa jenis ikan kami pilih. harganya?? Ya ALLAH, murah sangat. Alhamdullillah. then kami pulang ke rumah. balik, aku perlu memasak untuk makan malam keluarga. Ayam kicap, Ikan Talapia Bakar dan ulam budu menjadi hidangan simple kami. Alhamdulillah kenyang.


p/s : keluar kejap ker tapi keletihan nya yang teramat. hahahaha