Friday, April 26, 2013

Tak Senang Untuk Puaskan Hati Semua Orang.

Assalamualaikum kawan-kawan..

di saat saya sedang menulis entri ini, hati dan jiwa saya tidak berada dalam mood yang agak baik. antara benda yang paling saya tak suka, sebab saya ni jenis yang gila-gila.

okay! jom kita start dengan topik atau tajuk kita di atas..

tak senangkan untuk kita puaskan hati semua orang. kenapa? sebab semua manusia ada pendapat,keinginan dan lain-lain yang berlainan dengan kita. tapi, bukan takde yang sama dengan kita, tapi jarang gila laa.. kalau jumpa, memang perghhh! you're lucky!.. 

sebaik-baik sahabat terdekat kita, pasti ada yang kita atau dia lakukan yg menguris perasaan kita kn? this is what have been happened to me! redha jer laa... dah namanya kawan baik kan. terima jer la..

dah la aku ni memang jenis tak tau nak kata TIDAK! tak pandai langsung. pity me!. do admit, saya memang seorang yang gila-gila tapi orang macam saya pun ada perasaan jugak kan. jangan la kawan-kawan diluar sana yang ingat orang macam saya ni takde perasaan. yer la, tau la kami suka bercakap, suka buat lawak, tapi kami pun ada perasaan! saya ada perasaan juga!..

kadang-kadang saya letih jadi budak baik, budak yang suka menceriakan orang yang disekeliling dia, tapi at the same time dia yang terluka, tersiksa! yer, itu lah saya.. saya suda letih! letih.. tapi apa yang saya boleh buat. terima jer la, yang pasti dalaman saya suda tersiksa. sebab tu kadang-kadang bila saya nak marah sangat, saya lebih prefer untuk mendiamkan diri. sebab saya tau, mulut saya pun bukan calang-calang mulut.. 

okay laa, saya rasa sampai disini  dlu la kot entri untuk kali ini. sehingga berjumpa lagi, (eh, da macam pengacara ni) 

Assalamualaikum, semoga ceria selalu dan diberkati ALLAH, InShaAllah. 

Tuesday, March 19, 2013

Kekayaan






Assalamualaikum..

Kekayaan? yer topik saya hari ini adalah Kekayaan yer anak-anak. kenapa? kenapa?

sebab pagi tadi semasa saya online sementara menunggu masa utk masuk ke kelas.. saya pun google ah, kekayaan jutawan-jutawan kita yang ada sekarang ni.. 

antara yg saya search adalah :

Kekayaan Sultan Johor
Kekayaan Sultan Brunei
Kekayaan Tan Sri Sheikh Mukhtar Al-Bukhary
Kekayaan Keluarga Naza


memang kaya sangat okays! try search kalau tak percaya.  tapi walaupun mereka kaya, saya dengar-dengar, mereka-mereka ni agak low profile kan. bagus lah! hiks

dan dan dan

saya suka search rumah-rumah orang kaya ni, sebab cantik-cantik design mereka.. here you go, few pictures.. Thank you Mr. Googles!


yang ni rumah Justin Bieber.. lawa kan












ini pula rumah Ketua Menteri Sarawak.. lawa kan





yang ni, rumah Jennifer Lopez












apabila saya mencuci mata dengan tengok gambar-gambar atau kekayaan Jutawan semua, dengan sendirinya saya bersemangat utk berjaya juga.. doakan saya yer.. InShaAllah









kesahihan rumah-rumah diatas, saya pun tak pasti.. hanya di ambil di Google.

Thank you













Tuesday, March 12, 2013

Friendly

Friendly atau dalam bahasa Melayu nya ialah PERAMAH.

confirm semua kawan-kawan saya tahu kan apa makna peramah. kan kan kan???

okay, sebenarnya lagi sesungguhya saya bukanlah seorang yang peramah ataupun boleh dikatakan agak penyombong lah. tapi, nak buat macam mana, saya memang macam ni, dan memang dari dulu lagi berperangai macam ni..

so, bila saya masuk belajar di peringkat University, saya perlu melupakan seketika perasaan sombong saya ni. tapi saya bukanlah sombong sangat pun, just susah nak senyum pada orang jer, susah nak tegur orang. emm, tu pun kita anggap sombong ker?  masing-masing ada jawapan tersendiri, yang pasti bagi saya tak menjadi masalah selagi kita tidak menyusahkan orang kan.. tak gitu?

setelah belajar disini hampir setahun ++, saya dapati saya banyak kali TERpaksa berubah slow-slow, menjadi seorang yang mudah menegur kawan-kawan baru dan mudah tersenyum! haaa, ada improvement gitu uollls!..

tak kisah la, asalkan kita happy dan masih tidak menyusahkan orang.

dan bagi saya, sombong itu sebenarnya lebih menjurus kepada sifat pemalu yang berlebihan. haaa, tapi tak semua laa yang ,macam ini, ada juga yang betul-betul sombong, yang tu saya NO COMMENT! itu lebih kepada personal seseorang lah.. dan saya takde lah sesombong itu.. chill jer!

bila dengan teman yang rapat, memang saya jenis yang bersifat gila-gila sikit.. tapi bukan GILA okay! faham betul-betul..

have a great Wednesday guys and stay cute!

Thank you

bayi kembar comel

assalamualaikum..

baby kembar Jolie-Pitt



sudah lama saya minat sangat-sangat pada bayi kembar ni.. comel gila! kan kan kan?

Terima Kasih

takut ketika nak tidur?

Assalamualaikum..

Tanpa kita semua sedari, kita sudah pun menjejaki pertengah bulan March dan hari antara tarikh-tarikh cantik utk tahun 2013.. 13.03.13 kan kan kan.. (bagi saya lah)

dan, kadang-kadang saya tertanya-tanya, selama hampir 3 bulan, apa yang telah saya lakukan dalam hidup sama ada dari segi perubahan, pemakaian, ataupun dari segala segilah. apa pun, lakukan perubahan secara perlahan-lahan, jangan terlalu drastik, okay?


haa, kali ini saya nak share tips kalau kita takut ketika nak tidur tu. yaa lah, saya nk seorang yang penakut (tahap hampir kronik). bagi orang yang macam saya ni, menonton cerita hantu di tv atau di panggung wayang sangatlah perlu dijauhi. bukan apa, orang macam kami-kami ini, mudah berimaginasi, saya tak kata, kami-kami tak boleh nak menonton cerita hantu, tapi percayalah, selepas tengok jer mesti kita akan teringat-ingat dan terbayang-bayang. so, kita pun jadilah takut!

antara benda yang saya lakukan untuk tidak berasa terlalu takut dengan imaginasi ialah :

  • menjauhi cerita-cerita hantu dan iklan hantu.
  • membaca ayat kursi dan mengucap 2 kalimah syahadah (sebelum tidur)
  • basuh kaki (sebelum tidur)
  • dan kalau still tak boleh tidur, saya akan kira biri-biri..

macam ni.

try okay?

p/s : ketika saya sedang menulis entry ni, tiba-tiba datang seorang gadis dan mengejutkan saya. terkejut memberuk mak! :p btw, saya tak melatah okay (nampak tak penakut tahap hampir kronik?)

Terima kasih

Monday, March 11, 2013

Pengalaman berharga

Assalamualaikum.. mulakan minggu anda dengan rasa syukur kerana masih dipanjangkan usia. dan Alhamdulillah, kita masih dapat bersama dengan keluarga dan rakan-rakan..


okay, entri kali ini, saya nak bercerita tentang pengalaman yang tak mungkin akan saya lupakan, dan pengalaman ini tak pernah saya jangkakan seumur hidup saya. jom ikuti pengalaman saya..

09.03.2013

petang Jumaat, selepas kelas, aku dan ms. D pulang ke rumah sewa kami di bandar Sunway untuk mengambil barang-barang sebelum bergerak ke rumah keluarga saya yang terletak di Damansara. lebih kurang pukul 9, kami bergerak dan perjalanan yang agak okay-okay jer, kerana agak sesak (maklumlah, hujung minggu baru bermula kan?) 09.30 malam, kami tiba di rumah dengan menaiki kereta milik ms. D.

10.03.2013

selepas bangun dari tidur, kami terus turun ke tingkat bawah rumah saya, untuk melayari internet (Unifi, laju gitu) hiks, sambil itu, saya menyediakan bahan-bahan untuk memasak. alah, simple jekk Sambal sotong dengan sayur goreng. lebih kurang pukul 2, kami bersiap untuk keluar. hala tuju atau destinasi pertama kami adalah Tesco Mutiara Damansara. haaa, kenapa kami ke sana? kerana, kami nak mencuba dessert di kedai UFO (bersebelahan dengan Celcom). dengan harga RM6.50, kami dapati ianya okay-okay kalau dibandingkan dengan Snow Flake.

selepas itu, kami berjalan-jalan di The Curve, lalu, kami masuk ke dalam kedai The Borders, kerana Ms. D nak beli buku dengan menggunakan Boucher BR1M (Terima Kasih Kerajaan Malaysia, dan Datuk Seri Najib).

agak-agak pukul 5, kami ke Ikea untuk menikmati Meatball (yumsss) yang sememangnya kegemaran kami berdua!!! lama gila kot beratur (weekend kan) tetapi, kami rela! hahaha, selepas itu, kami bergerak ke Petaling Jaya, untuk ke rumah ibu saudara saya, bapanya pulang ke Rahmatullah (Al-fatihah).

7.00 petang, kami bertolak ke Shah Alam, untuk menonton teater anjuran pelajar UiTM Shah Alam (dijemput oleh kawan saya yang juga pelajar disana). pukul 10 malam, kami bergerak pulang ke Damansara. tapi tanpa kami sangka ketika kami agak dekat dengan stesen minyak Shell kelana jaya, kereta yang kami naiki, bergetaran. lalu, aku memperlahankan kereta dan berhenti di stesen minyak tu. yer! tayar kereta kami pancit.. :'( ohh sedih jerr..

tak tahu dengan siapa kami nak memohon pertolongan, kawan-kawan juga takde yang dekat, saudara pula baru kehilangan bapa. selepas dibantu oleh pekerja stesen minyak tu, kami dapati tayar spare pun dah tak boleh guna.. lalu Mommy pun menyuruh kami meninggalkan kereta di situ, oleh kerana kami berdua gadis (tak elok balik lewat-lewat), pekerja disitu, menyuruh kami meninggalkan kereta di berhampiran CCTV sebagai langkah berjaga-jaga.

10.03.2013

selepas menjamu selera (brunch) di sebuah kedai milik kawan Mommy, kami bergerak mencari kedai tayar yang berhampiran dengan rumah dan tiada satu pun yang buka. lalu, kami bergerak mencari di sekitar Kelana Jaya, juga tiada. setelah hampir 7 buah kedai, ada 1 ni yang buka dan dia menyuruh kami menghantar kereta untuk dibaiki. Alhamdulillah.

2.15 petang, trak tunda tiba di stesen minyak itu untuk mengambil kereta kami dan menghantar ke kedai tayar. dengan menaiki kereta ms. D, trak tunda intu mengikut kami. ketika di kedai, kami diberitahu oleh pekerja di situ, bahawa tayar kami (2 biji tayar) berharga RM983. lalu kami menelefon Mommy yang berada di Kelantan untuk memberitahu tentang harga itu.

3.00 petang, ketika saya nak bayar, kak yang menguruskan pembayaran saya, menyatakan jumlah keseluruhannya RM2,300++ lalu, berlaku lah sedikit potpetpotpet diantara saya, ms D and cashier tu. sebab tadi kan, pekerja dia cakap 2 biji tayar RM983, bila bayar kak tu cakap RM983 tu untuk satu tayar jer.. (haiya, cakap pun berbelit-belit) . lalu, saya pun cakap lah, saya taknak bayar RM2,300++ tu sebab tadi bagitau harga lain. jadi saya nak 1 biji jer tayar. nasib baik la, ada seorang pekerja ni, yang baik hati, berdebat dengan rakan sekerja untuk membenarkan kami membeli 1 biji tayar sahaja.

Alhamdulillah.

Moral of the experience :

1. kasih sayang seorang ibu, tiada tolak bandingnya, sanggup meninggalkan harta ratusan ribu ringgit demi nyawa anak mereka
2. kita perlukan ramai kawan (kawan susah senang jerr)
3. pastikan alat komunikasi kita berada dalam keadaan baik (topup,bateri)
4. simpan duit untuk digunakan di saat kita dalam keadaan kecemasan.
5. jangan biarkan kita sebagai pengguna ditindas oleh peniaga okay
6. sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga terutama perempuan (jaga handbag)
7. pentingnya seorang wanita untuk belajar tentang kereta yerr


dibantu oleh pekerja Shell (Terima Kasih)

ditunda oleh trak selepas kami hubungi syarikat insurans (Allianz). Terima Kasih


Terima Kasih kepada semua yang telah membantu saya dan Ms. D dan tak lupa bersyukur kepada Allah S.W.T . 

Alhamdulillah, pengalaman ini takkan saya lupakan!


Thursday, March 7, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum

tanpa kita sedari, kita sekarang berada di bulan March. cepat jer kan masa berlalu!

ketika saya dan Miss D, pergi jejalan area Petaling Jaya ni, kami pun teringat la, lagi 2 minggu Miss D akan menjalani final exam, sebelum ke term seterusnya. lagi 3 minggu kami akan pulang ke Kelantan. dia cuti seminngu sebelum next term dan saya cuti mid-sem!

dalam kereta.

aku : eh, 3 minggu lagi kito balik kelate deh? (org excited nak balik kg)

Ms. D : mum xsoh kecek banyok laa, aku debar gilo, 2 minggu lagi, aku final kot!

aku : eh, perasey tok cepat gilo maso gerook. haiya! tau-tau buley 3 doh.

Ms. D : kito key dekat kiamat doh. debar aku kalo kecek bab kiamat gak.

aku : aku pun weh!

p/s : anda-anda faham tak loghat kelate kami? (bagi yang bukan berasal dari kelate)

hiks!

Salam Jumaat, kepada kaum Adam tu, jangan nak malas-malas pergi Solat Jumaat yerr..

Terima Kasih