Tuesday, March 12, 2013

takut ketika nak tidur?

Assalamualaikum..

Tanpa kita semua sedari, kita sudah pun menjejaki pertengah bulan March dan hari antara tarikh-tarikh cantik utk tahun 2013.. 13.03.13 kan kan kan.. (bagi saya lah)

dan, kadang-kadang saya tertanya-tanya, selama hampir 3 bulan, apa yang telah saya lakukan dalam hidup sama ada dari segi perubahan, pemakaian, ataupun dari segala segilah. apa pun, lakukan perubahan secara perlahan-lahan, jangan terlalu drastik, okay?


haa, kali ini saya nak share tips kalau kita takut ketika nak tidur tu. yaa lah, saya nk seorang yang penakut (tahap hampir kronik). bagi orang yang macam saya ni, menonton cerita hantu di tv atau di panggung wayang sangatlah perlu dijauhi. bukan apa, orang macam kami-kami ini, mudah berimaginasi, saya tak kata, kami-kami tak boleh nak menonton cerita hantu, tapi percayalah, selepas tengok jer mesti kita akan teringat-ingat dan terbayang-bayang. so, kita pun jadilah takut!

antara benda yang saya lakukan untuk tidak berasa terlalu takut dengan imaginasi ialah :

  • menjauhi cerita-cerita hantu dan iklan hantu.
  • membaca ayat kursi dan mengucap 2 kalimah syahadah (sebelum tidur)
  • basuh kaki (sebelum tidur)
  • dan kalau still tak boleh tidur, saya akan kira biri-biri..

macam ni.

try okay?

p/s : ketika saya sedang menulis entry ni, tiba-tiba datang seorang gadis dan mengejutkan saya. terkejut memberuk mak! :p btw, saya tak melatah okay (nampak tak penakut tahap hampir kronik?)

Terima kasih

No comments:

Post a Comment