Thursday, March 7, 2013

Vitamin

Assalamualaikum.

kali ini, saya agak bersemangat nak potpetpotpet tentang Vitamin! yer yer Vitamin yer kakak-kakak dan abang-abang! haaa...

macam mana saya bole TERrajin nak makan-makan vitamin ni?

saya mula mencuba vitamin ni selepas sebulan saya menjalani pembedahan untuk membuang Fibroid Adenoma. pembantu di sebuah farmasi ini mengesyorkan saya mencuba Vitamin Bio-C dan Lecithin . katanya, jika saya makan GRAPE SEED, dapat mencegah tubuh badan kita dari kanser. tapi, saya tak ambil, sebab katanya, Bio-C ni bole membantu merawat luka dalaman (kan baru lepas operation)

Terbaru, selepas mendapati tulang saya (lutut terutama) agak lasak saya guna..hiks~!  saya banyak berjalan dan saya mudah lenguh. sebab tu, ramai ahli keluarga saya sarankan saya makan CALCIUM. haa, tau tak? selepas sebulan makan, nampak hasilnya, bila saya buat check-up, tulang saya dah okay. dah saya juga berpuas hati! Alhamdulillah, ini dinamakan usaha yang membuahkan hasil..

INI YANG KITA NAK. hiks!

sampai sekarang saya masih mengambil CALCIUM ini dalam bentuk pil yg isi nya kordial. macam mana tu? haa, macam vitamin minyak ikan salmon dan lecithin tu.. okay?

sejak 2 minggu lepas, saya banyak buat kajian untuk menurunkan berat badan, dan antara supplement yang boleh kita ambil ialah MULTIVITAMIN. haa, yang ni mudah nah didapati. jadi, beberapa hari lepas saya berjalan-jalan, dan singgah la di GUARDIAN untuk mencuci mata. haa, saya bernasib baik kerana ketika saya jalan-jalan kekonon nak survey vitamin, semua vitamin kat situ ada less 20%-30%. tapi saya tak pasti sama ada semua GUARDIAN buat promotion atau kat situ jer? hemm.. hiks

selepas lecithin dan Vitamin C saya habis, saya cuba makan calcium dan Multivitamin yang sememangnya, badan saya perlukan. haa, anda juga boleh mencuba vitamin ni untuk penjagann tubuh badan. tak kiralah, perempuan, lelaki mahupun kanak-kanak, semuanya ada vitamin!

rasanya, anda-anda pun tau kan mana nak dapat selain kat farmasi, GUARDIAN dan WATSON pun ada... kan kan..

Bio-C 

Calcium

Grape Seed

Lecithin

Multivitamins


selamat mencuba..

terima kasih.

No comments:

Post a Comment