Monday, March 11, 2013

Pengalaman berharga

Assalamualaikum.. mulakan minggu anda dengan rasa syukur kerana masih dipanjangkan usia. dan Alhamdulillah, kita masih dapat bersama dengan keluarga dan rakan-rakan..


okay, entri kali ini, saya nak bercerita tentang pengalaman yang tak mungkin akan saya lupakan, dan pengalaman ini tak pernah saya jangkakan seumur hidup saya. jom ikuti pengalaman saya..

09.03.2013

petang Jumaat, selepas kelas, aku dan ms. D pulang ke rumah sewa kami di bandar Sunway untuk mengambil barang-barang sebelum bergerak ke rumah keluarga saya yang terletak di Damansara. lebih kurang pukul 9, kami bergerak dan perjalanan yang agak okay-okay jer, kerana agak sesak (maklumlah, hujung minggu baru bermula kan?) 09.30 malam, kami tiba di rumah dengan menaiki kereta milik ms. D.

10.03.2013

selepas bangun dari tidur, kami terus turun ke tingkat bawah rumah saya, untuk melayari internet (Unifi, laju gitu) hiks, sambil itu, saya menyediakan bahan-bahan untuk memasak. alah, simple jekk Sambal sotong dengan sayur goreng. lebih kurang pukul 2, kami bersiap untuk keluar. hala tuju atau destinasi pertama kami adalah Tesco Mutiara Damansara. haaa, kenapa kami ke sana? kerana, kami nak mencuba dessert di kedai UFO (bersebelahan dengan Celcom). dengan harga RM6.50, kami dapati ianya okay-okay kalau dibandingkan dengan Snow Flake.

selepas itu, kami berjalan-jalan di The Curve, lalu, kami masuk ke dalam kedai The Borders, kerana Ms. D nak beli buku dengan menggunakan Boucher BR1M (Terima Kasih Kerajaan Malaysia, dan Datuk Seri Najib).

agak-agak pukul 5, kami ke Ikea untuk menikmati Meatball (yumsss) yang sememangnya kegemaran kami berdua!!! lama gila kot beratur (weekend kan) tetapi, kami rela! hahaha, selepas itu, kami bergerak ke Petaling Jaya, untuk ke rumah ibu saudara saya, bapanya pulang ke Rahmatullah (Al-fatihah).

7.00 petang, kami bertolak ke Shah Alam, untuk menonton teater anjuran pelajar UiTM Shah Alam (dijemput oleh kawan saya yang juga pelajar disana). pukul 10 malam, kami bergerak pulang ke Damansara. tapi tanpa kami sangka ketika kami agak dekat dengan stesen minyak Shell kelana jaya, kereta yang kami naiki, bergetaran. lalu, aku memperlahankan kereta dan berhenti di stesen minyak tu. yer! tayar kereta kami pancit.. :'( ohh sedih jerr..

tak tahu dengan siapa kami nak memohon pertolongan, kawan-kawan juga takde yang dekat, saudara pula baru kehilangan bapa. selepas dibantu oleh pekerja stesen minyak tu, kami dapati tayar spare pun dah tak boleh guna.. lalu Mommy pun menyuruh kami meninggalkan kereta di situ, oleh kerana kami berdua gadis (tak elok balik lewat-lewat), pekerja disitu, menyuruh kami meninggalkan kereta di berhampiran CCTV sebagai langkah berjaga-jaga.

10.03.2013

selepas menjamu selera (brunch) di sebuah kedai milik kawan Mommy, kami bergerak mencari kedai tayar yang berhampiran dengan rumah dan tiada satu pun yang buka. lalu, kami bergerak mencari di sekitar Kelana Jaya, juga tiada. setelah hampir 7 buah kedai, ada 1 ni yang buka dan dia menyuruh kami menghantar kereta untuk dibaiki. Alhamdulillah.

2.15 petang, trak tunda tiba di stesen minyak itu untuk mengambil kereta kami dan menghantar ke kedai tayar. dengan menaiki kereta ms. D, trak tunda intu mengikut kami. ketika di kedai, kami diberitahu oleh pekerja di situ, bahawa tayar kami (2 biji tayar) berharga RM983. lalu kami menelefon Mommy yang berada di Kelantan untuk memberitahu tentang harga itu.

3.00 petang, ketika saya nak bayar, kak yang menguruskan pembayaran saya, menyatakan jumlah keseluruhannya RM2,300++ lalu, berlaku lah sedikit potpetpotpet diantara saya, ms D and cashier tu. sebab tadi kan, pekerja dia cakap 2 biji tayar RM983, bila bayar kak tu cakap RM983 tu untuk satu tayar jer.. (haiya, cakap pun berbelit-belit) . lalu, saya pun cakap lah, saya taknak bayar RM2,300++ tu sebab tadi bagitau harga lain. jadi saya nak 1 biji jer tayar. nasib baik la, ada seorang pekerja ni, yang baik hati, berdebat dengan rakan sekerja untuk membenarkan kami membeli 1 biji tayar sahaja.

Alhamdulillah.

Moral of the experience :

1. kasih sayang seorang ibu, tiada tolak bandingnya, sanggup meninggalkan harta ratusan ribu ringgit demi nyawa anak mereka
2. kita perlukan ramai kawan (kawan susah senang jerr)
3. pastikan alat komunikasi kita berada dalam keadaan baik (topup,bateri)
4. simpan duit untuk digunakan di saat kita dalam keadaan kecemasan.
5. jangan biarkan kita sebagai pengguna ditindas oleh peniaga okay
6. sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga terutama perempuan (jaga handbag)
7. pentingnya seorang wanita untuk belajar tentang kereta yerr


dibantu oleh pekerja Shell (Terima Kasih)

ditunda oleh trak selepas kami hubungi syarikat insurans (Allianz). Terima Kasih


Terima Kasih kepada semua yang telah membantu saya dan Ms. D dan tak lupa bersyukur kepada Allah S.W.T . 

Alhamdulillah, pengalaman ini takkan saya lupakan!


No comments:

Post a Comment