Tuesday, March 19, 2013

Kekayaan






Assalamualaikum..

Kekayaan? yer topik saya hari ini adalah Kekayaan yer anak-anak. kenapa? kenapa?

sebab pagi tadi semasa saya online sementara menunggu masa utk masuk ke kelas.. saya pun google ah, kekayaan jutawan-jutawan kita yang ada sekarang ni.. 

antara yg saya search adalah :

Kekayaan Sultan Johor
Kekayaan Sultan Brunei
Kekayaan Tan Sri Sheikh Mukhtar Al-Bukhary
Kekayaan Keluarga Naza


memang kaya sangat okays! try search kalau tak percaya.  tapi walaupun mereka kaya, saya dengar-dengar, mereka-mereka ni agak low profile kan. bagus lah! hiks

dan dan dan

saya suka search rumah-rumah orang kaya ni, sebab cantik-cantik design mereka.. here you go, few pictures.. Thank you Mr. Googles!


yang ni rumah Justin Bieber.. lawa kan












ini pula rumah Ketua Menteri Sarawak.. lawa kan





yang ni, rumah Jennifer Lopez












apabila saya mencuci mata dengan tengok gambar-gambar atau kekayaan Jutawan semua, dengan sendirinya saya bersemangat utk berjaya juga.. doakan saya yer.. InShaAllah









kesahihan rumah-rumah diatas, saya pun tak pasti.. hanya di ambil di Google.

Thank you













Tuesday, March 12, 2013

Friendly

Friendly atau dalam bahasa Melayu nya ialah PERAMAH.

confirm semua kawan-kawan saya tahu kan apa makna peramah. kan kan kan???

okay, sebenarnya lagi sesungguhya saya bukanlah seorang yang peramah ataupun boleh dikatakan agak penyombong lah. tapi, nak buat macam mana, saya memang macam ni, dan memang dari dulu lagi berperangai macam ni..

so, bila saya masuk belajar di peringkat University, saya perlu melupakan seketika perasaan sombong saya ni. tapi saya bukanlah sombong sangat pun, just susah nak senyum pada orang jer, susah nak tegur orang. emm, tu pun kita anggap sombong ker?  masing-masing ada jawapan tersendiri, yang pasti bagi saya tak menjadi masalah selagi kita tidak menyusahkan orang kan.. tak gitu?

setelah belajar disini hampir setahun ++, saya dapati saya banyak kali TERpaksa berubah slow-slow, menjadi seorang yang mudah menegur kawan-kawan baru dan mudah tersenyum! haaa, ada improvement gitu uollls!..

tak kisah la, asalkan kita happy dan masih tidak menyusahkan orang.

dan bagi saya, sombong itu sebenarnya lebih menjurus kepada sifat pemalu yang berlebihan. haaa, tapi tak semua laa yang ,macam ini, ada juga yang betul-betul sombong, yang tu saya NO COMMENT! itu lebih kepada personal seseorang lah.. dan saya takde lah sesombong itu.. chill jer!

bila dengan teman yang rapat, memang saya jenis yang bersifat gila-gila sikit.. tapi bukan GILA okay! faham betul-betul..

have a great Wednesday guys and stay cute!

Thank you

bayi kembar comel

assalamualaikum..

baby kembar Jolie-Pitt



sudah lama saya minat sangat-sangat pada bayi kembar ni.. comel gila! kan kan kan?

Terima Kasih

takut ketika nak tidur?

Assalamualaikum..

Tanpa kita semua sedari, kita sudah pun menjejaki pertengah bulan March dan hari antara tarikh-tarikh cantik utk tahun 2013.. 13.03.13 kan kan kan.. (bagi saya lah)

dan, kadang-kadang saya tertanya-tanya, selama hampir 3 bulan, apa yang telah saya lakukan dalam hidup sama ada dari segi perubahan, pemakaian, ataupun dari segala segilah. apa pun, lakukan perubahan secara perlahan-lahan, jangan terlalu drastik, okay?


haa, kali ini saya nak share tips kalau kita takut ketika nak tidur tu. yaa lah, saya nk seorang yang penakut (tahap hampir kronik). bagi orang yang macam saya ni, menonton cerita hantu di tv atau di panggung wayang sangatlah perlu dijauhi. bukan apa, orang macam kami-kami ini, mudah berimaginasi, saya tak kata, kami-kami tak boleh nak menonton cerita hantu, tapi percayalah, selepas tengok jer mesti kita akan teringat-ingat dan terbayang-bayang. so, kita pun jadilah takut!

antara benda yang saya lakukan untuk tidak berasa terlalu takut dengan imaginasi ialah :

  • menjauhi cerita-cerita hantu dan iklan hantu.
  • membaca ayat kursi dan mengucap 2 kalimah syahadah (sebelum tidur)
  • basuh kaki (sebelum tidur)
  • dan kalau still tak boleh tidur, saya akan kira biri-biri..

macam ni.

try okay?

p/s : ketika saya sedang menulis entry ni, tiba-tiba datang seorang gadis dan mengejutkan saya. terkejut memberuk mak! :p btw, saya tak melatah okay (nampak tak penakut tahap hampir kronik?)

Terima kasih

Monday, March 11, 2013

Pengalaman berharga

Assalamualaikum.. mulakan minggu anda dengan rasa syukur kerana masih dipanjangkan usia. dan Alhamdulillah, kita masih dapat bersama dengan keluarga dan rakan-rakan..


okay, entri kali ini, saya nak bercerita tentang pengalaman yang tak mungkin akan saya lupakan, dan pengalaman ini tak pernah saya jangkakan seumur hidup saya. jom ikuti pengalaman saya..

09.03.2013

petang Jumaat, selepas kelas, aku dan ms. D pulang ke rumah sewa kami di bandar Sunway untuk mengambil barang-barang sebelum bergerak ke rumah keluarga saya yang terletak di Damansara. lebih kurang pukul 9, kami bergerak dan perjalanan yang agak okay-okay jer, kerana agak sesak (maklumlah, hujung minggu baru bermula kan?) 09.30 malam, kami tiba di rumah dengan menaiki kereta milik ms. D.

10.03.2013

selepas bangun dari tidur, kami terus turun ke tingkat bawah rumah saya, untuk melayari internet (Unifi, laju gitu) hiks, sambil itu, saya menyediakan bahan-bahan untuk memasak. alah, simple jekk Sambal sotong dengan sayur goreng. lebih kurang pukul 2, kami bersiap untuk keluar. hala tuju atau destinasi pertama kami adalah Tesco Mutiara Damansara. haaa, kenapa kami ke sana? kerana, kami nak mencuba dessert di kedai UFO (bersebelahan dengan Celcom). dengan harga RM6.50, kami dapati ianya okay-okay kalau dibandingkan dengan Snow Flake.

selepas itu, kami berjalan-jalan di The Curve, lalu, kami masuk ke dalam kedai The Borders, kerana Ms. D nak beli buku dengan menggunakan Boucher BR1M (Terima Kasih Kerajaan Malaysia, dan Datuk Seri Najib).

agak-agak pukul 5, kami ke Ikea untuk menikmati Meatball (yumsss) yang sememangnya kegemaran kami berdua!!! lama gila kot beratur (weekend kan) tetapi, kami rela! hahaha, selepas itu, kami bergerak ke Petaling Jaya, untuk ke rumah ibu saudara saya, bapanya pulang ke Rahmatullah (Al-fatihah).

7.00 petang, kami bertolak ke Shah Alam, untuk menonton teater anjuran pelajar UiTM Shah Alam (dijemput oleh kawan saya yang juga pelajar disana). pukul 10 malam, kami bergerak pulang ke Damansara. tapi tanpa kami sangka ketika kami agak dekat dengan stesen minyak Shell kelana jaya, kereta yang kami naiki, bergetaran. lalu, aku memperlahankan kereta dan berhenti di stesen minyak tu. yer! tayar kereta kami pancit.. :'( ohh sedih jerr..

tak tahu dengan siapa kami nak memohon pertolongan, kawan-kawan juga takde yang dekat, saudara pula baru kehilangan bapa. selepas dibantu oleh pekerja stesen minyak tu, kami dapati tayar spare pun dah tak boleh guna.. lalu Mommy pun menyuruh kami meninggalkan kereta di situ, oleh kerana kami berdua gadis (tak elok balik lewat-lewat), pekerja disitu, menyuruh kami meninggalkan kereta di berhampiran CCTV sebagai langkah berjaga-jaga.

10.03.2013

selepas menjamu selera (brunch) di sebuah kedai milik kawan Mommy, kami bergerak mencari kedai tayar yang berhampiran dengan rumah dan tiada satu pun yang buka. lalu, kami bergerak mencari di sekitar Kelana Jaya, juga tiada. setelah hampir 7 buah kedai, ada 1 ni yang buka dan dia menyuruh kami menghantar kereta untuk dibaiki. Alhamdulillah.

2.15 petang, trak tunda tiba di stesen minyak itu untuk mengambil kereta kami dan menghantar ke kedai tayar. dengan menaiki kereta ms. D, trak tunda intu mengikut kami. ketika di kedai, kami diberitahu oleh pekerja di situ, bahawa tayar kami (2 biji tayar) berharga RM983. lalu kami menelefon Mommy yang berada di Kelantan untuk memberitahu tentang harga itu.

3.00 petang, ketika saya nak bayar, kak yang menguruskan pembayaran saya, menyatakan jumlah keseluruhannya RM2,300++ lalu, berlaku lah sedikit potpetpotpet diantara saya, ms D and cashier tu. sebab tadi kan, pekerja dia cakap 2 biji tayar RM983, bila bayar kak tu cakap RM983 tu untuk satu tayar jer.. (haiya, cakap pun berbelit-belit) . lalu, saya pun cakap lah, saya taknak bayar RM2,300++ tu sebab tadi bagitau harga lain. jadi saya nak 1 biji jer tayar. nasib baik la, ada seorang pekerja ni, yang baik hati, berdebat dengan rakan sekerja untuk membenarkan kami membeli 1 biji tayar sahaja.

Alhamdulillah.

Moral of the experience :

1. kasih sayang seorang ibu, tiada tolak bandingnya, sanggup meninggalkan harta ratusan ribu ringgit demi nyawa anak mereka
2. kita perlukan ramai kawan (kawan susah senang jerr)
3. pastikan alat komunikasi kita berada dalam keadaan baik (topup,bateri)
4. simpan duit untuk digunakan di saat kita dalam keadaan kecemasan.
5. jangan biarkan kita sebagai pengguna ditindas oleh peniaga okay
6. sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga terutama perempuan (jaga handbag)
7. pentingnya seorang wanita untuk belajar tentang kereta yerr


dibantu oleh pekerja Shell (Terima Kasih)

ditunda oleh trak selepas kami hubungi syarikat insurans (Allianz). Terima Kasih


Terima Kasih kepada semua yang telah membantu saya dan Ms. D dan tak lupa bersyukur kepada Allah S.W.T . 

Alhamdulillah, pengalaman ini takkan saya lupakan!


Thursday, March 7, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum

tanpa kita sedari, kita sekarang berada di bulan March. cepat jer kan masa berlalu!

ketika saya dan Miss D, pergi jejalan area Petaling Jaya ni, kami pun teringat la, lagi 2 minggu Miss D akan menjalani final exam, sebelum ke term seterusnya. lagi 3 minggu kami akan pulang ke Kelantan. dia cuti seminngu sebelum next term dan saya cuti mid-sem!

dalam kereta.

aku : eh, 3 minggu lagi kito balik kelate deh? (org excited nak balik kg)

Ms. D : mum xsoh kecek banyok laa, aku debar gilo, 2 minggu lagi, aku final kot!

aku : eh, perasey tok cepat gilo maso gerook. haiya! tau-tau buley 3 doh.

Ms. D : kito key dekat kiamat doh. debar aku kalo kecek bab kiamat gak.

aku : aku pun weh!

p/s : anda-anda faham tak loghat kelate kami? (bagi yang bukan berasal dari kelate)

hiks!

Salam Jumaat, kepada kaum Adam tu, jangan nak malas-malas pergi Solat Jumaat yerr..

Terima Kasih

Vitamin

Assalamualaikum.

kali ini, saya agak bersemangat nak potpetpotpet tentang Vitamin! yer yer Vitamin yer kakak-kakak dan abang-abang! haaa...

macam mana saya bole TERrajin nak makan-makan vitamin ni?

saya mula mencuba vitamin ni selepas sebulan saya menjalani pembedahan untuk membuang Fibroid Adenoma. pembantu di sebuah farmasi ini mengesyorkan saya mencuba Vitamin Bio-C dan Lecithin . katanya, jika saya makan GRAPE SEED, dapat mencegah tubuh badan kita dari kanser. tapi, saya tak ambil, sebab katanya, Bio-C ni bole membantu merawat luka dalaman (kan baru lepas operation)

Terbaru, selepas mendapati tulang saya (lutut terutama) agak lasak saya guna..hiks~!  saya banyak berjalan dan saya mudah lenguh. sebab tu, ramai ahli keluarga saya sarankan saya makan CALCIUM. haa, tau tak? selepas sebulan makan, nampak hasilnya, bila saya buat check-up, tulang saya dah okay. dah saya juga berpuas hati! Alhamdulillah, ini dinamakan usaha yang membuahkan hasil..

INI YANG KITA NAK. hiks!

sampai sekarang saya masih mengambil CALCIUM ini dalam bentuk pil yg isi nya kordial. macam mana tu? haa, macam vitamin minyak ikan salmon dan lecithin tu.. okay?

sejak 2 minggu lepas, saya banyak buat kajian untuk menurunkan berat badan, dan antara supplement yang boleh kita ambil ialah MULTIVITAMIN. haa, yang ni mudah nah didapati. jadi, beberapa hari lepas saya berjalan-jalan, dan singgah la di GUARDIAN untuk mencuci mata. haa, saya bernasib baik kerana ketika saya jalan-jalan kekonon nak survey vitamin, semua vitamin kat situ ada less 20%-30%. tapi saya tak pasti sama ada semua GUARDIAN buat promotion atau kat situ jer? hemm.. hiks

selepas lecithin dan Vitamin C saya habis, saya cuba makan calcium dan Multivitamin yang sememangnya, badan saya perlukan. haa, anda juga boleh mencuba vitamin ni untuk penjagann tubuh badan. tak kiralah, perempuan, lelaki mahupun kanak-kanak, semuanya ada vitamin!

rasanya, anda-anda pun tau kan mana nak dapat selain kat farmasi, GUARDIAN dan WATSON pun ada... kan kan..

Bio-C 

Calcium

Grape Seed

Lecithin

Multivitamins


selamat mencuba..

terima kasih.

Tuesday, March 5, 2013

best friend

saya ada seorang kawan baik atau sahabat sejati saya kenali dari zaman sekolah menengah hingga kini. dari kami berusia 13 tahun hinggalah kini kami 20 tahun. hampir 7 tahun.

13 tahun

kami bersekolah di Sekolah Menengan Agama Tengku Amalin A'isyah Putri yang terletak di Panji (Kelantan). kami berada dalam satu kelas dan kami tidak lah serapat seperti sekarang. hanya sekadar rakan Hi-Hi, Bye-Bye! eh.. hehe..

14 tahun - 16 tahun

bersekolah di sekolah yang sama dan juga dalam kelas yang. pada usia 14 tahun, kami mula rapat bersama beberapa orang lagi rakan kami. kami semua minat pada benda yang sama iaitu bidang penerbangan. dan sejak itu, kami menjadi rapat.

17 tahun

aku mula berpindah sekolah selepas pulang dari mengerjakan haji ketika aku berusia 16 tahun. aku bersekolah di Sekolah Menengan Sultan Ibrahim (1) yang terletak di Pasir Mas. kami tidak berhubung selama setahun

18 tahun

pada pertengahan tahun, kami mula berhubung lagi. dan siapa sangkat kami mendaftar di sebuah universiti swasta yang sama iaitu Taylor's University Lakeside Campus. akan tetapi kami mengalami kursus yang berlainan. aku Foundation in Business dan dia Diploma in Culinary. kami juga menyewa bilik di rumah yang sama! yeay, Happy me..

19 tahun - 20 tahun

kami terpaksa berpindah rumah, dan kami menyewa satu bilik di rumah lain. dari satu rumah ke satu bilik!

harapan aku??

InShaAllah, aku akan kekalkan hubungan kami hingga ke akhir hayat. Dia lah tempat aku mengadu, bergaduh, tempat aku menggila, menemani aku ke mana sahaja aku pergi, almost 24/7 dia temani aku! aku dah anggap dia seperti adik-beradik kandung aku sendiri!

Nur Fadhilah binti Mohd Joni,

I love you very much, can't be described! I want to apologize if all this time, aku banyak buat silap! aku manusia biasa, yang takkan lari dari membuat kesilapan! InShaALLAH, I will not forget about you, my true friend. I'm lucky to have a friend like you! I will always pray for your happiness and success! Hugs&Kisses


sincerely,
ME!


Thank you!

Monday, March 4, 2013

BLOG YANG MEMBERI ILMU

Alhamdulillah,

sedang aku google untuk mencari bahan tugasan, aku terbuka satu web ini, yang banyak bercerita tentang perniagaan. kepada kawan-kawan yang minat dalam perniagaan, boleh lah melayari web ini untuk mempelajari ilmu perniagaan.

kisah aku!

aish, agak berbelit ni.. senang cerita, memang Mommy dan MommyTok bekerja dalam bidang perniagaan dan kontraktor. haaa! sebab tu aku pun minat dalam bidang yang sama. dan Mommy turut menyokong minatku ini. sebab tu mommy hantar aku belajar kat sini.

dan, bila aku sedang search kat google, terkeluar la web ni. bila aku baca, perghh! bagi aku sungguh padat dgn ilmu dan aku suka sangat..

Nah! link dia.. kita share-share tau..

http://www.fathuallah.com/

ni, aku ceritakan sedikit info yang aku dapat dari page tu

Mohd Fathuallah atau lebih mesra dikenali sebagai Fath merupakan seorang ahli perniagaan dan kini menguruskan empayar perniagaan beliau Fathuallah Foundation. Berpengalaman luas dalam bidang kewangan dan hartanah, kini beliau juga berkecimpung secara aktif dalam bidang ceramah, seminar dan sebagai speaker jemputan. Beliau juga penulis buku bestseller Rahsia Menambat Hati Pelanggan terbitan True Wealth Sdn Bhd.


p/s : jangan lupa dapatkan buku dia..

Thank you

penjagaan kesihatan

kali ni, aku nak bercerita tentang penjagaan kesihatan. kenapa? kenapa?

haa, macam ini cerita dia, minggu lepas, sedang aku dan Miss D (kawan baik) kelaparan, perut minta isi makanan. kami pun plan nak makan Buttermilk, kedai favourite kami. sambil berjalan, ada lah sorang lelaki (usia lebih kurang 40-an) ajak la aku dgn miss D ni, buat pemeriksaan kesihatan. apa lagi, kami pun mencuba lah.. dan didapati kami menghadapi masalah dengan lemak yg sudah tepu dalam badan ni walaupun, badan kami takde lah gemuk sangat. sesuai lah dengan bentuk badan.

nasihat saya : jom, kita amalkan diet seimbang, sebelum terlambat. dan ingat ayat ni, "BETTER LATE THAN NEVER" .

sempat lagi uncle ni, mengesyorkan produk HERBALIFE. wallaaweh, harga dia satu set dalam RM400++, mana lah kami nak dapat duit sebanyak tu.. kami masih lagi pelajar kan!

kepada anda-anda yang nak menjaga kesihatan, boleh lah dapatkan produk HERBALIFE ni, eh, aku ni bukan lah ejen ke untuk HERBALIFE, sekadar berkongsi dengan kawan-kawan.

kesihtan kita ini penting, lebih-lebih, kalau bab dalaman wanita kan! wanita kan tunjang keluarga! kalau kita sebagai wanita ni, tak menjaga kesihatan dengan baik,macam mana kita nak menjaga kesihatan keluarga, jadi, jom kita mulakan sekarang!

selamat mencuba..

Terima kasih